Erti Seorang Teman


Persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih dilautan .Hamparan buih dan memutih hanya indah diluaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran . Teman sejati bukannya mudah , ramai yang bersama berkongsi suka namun kurang ingin menemani kita meniti duka 

Dear reader ,

           Alhamdulillah dapat kita berjumpa lagi dalam entry kali ini . sebenarnya sieda cuma nak kongsi yang sieda rindu dia yang teramat sangat . memanglah siapa tak sedih bila hati dilukai , tapi peluang demi peluang masih diberi dan doa sentiasa ditadahi untuk mencurinya kembali . Sieda pon tak tahu kenapa payah sangat nak lupakan dia . Bila nak lupakan mula lah terfikir tentang ibu ayah dia , masalah dia , peribadinya semua siapa nak jaga . errrr stress stress !

Sebenarnyanya , dalam tempoh sebulan ni banyak benda yang telahpun terjadi , Sieda sendiri rasa sieda sendiri bukan berada dalam dunia sieda . Kebanyakan benda yang sieda buat cuma nak cover orang , jaga hati orang tapi sieda sendiri tak selesa sampai akhirnya sieda sendiri yang rosakan semua . im so sorry . Sieda terpaksa . lepas ni kalau nak benci nak kutuk nak hina , suka hati . Terima Kasih atas kesemuanya Terima kasih atas pahala yang diberi , Sieda dah bersedia dan sieda malas nak ambil tahu soal itu semua , Apa yang sieda tahu sikit pon sieda tak terniat nak lukakan hati semua . Korang kawan sieda korang akan faham sieda kalau korang sendiri peka akan setiap tindakan sieda .

Betul orang kata ''lebih baik kita terima orang yang sayang akan kita daripada kita tunggu orang yang tak tentu sayang akan kita'' .Now sieda patut sedar memang dulu dia tinggalkan sieda , tapi dia sendiri telah tunjukan semangat dan usaha untuk dapatkan semua itu balik . sieda nampak tapi sieda sengaja biarkan ego sieda sebab sieda sendiri nak tengok sampai bila dia boleh bertahan .Tapi semuanya tamat bila sieda mula dengar cakap dia penuhi permintaan dia . masih ada dalam diri untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya lagi walaupun mungkin itu semua sekadar mimpi tapi insyaallah rezeki jodoh itu semua ditangan tuhan . amin . saya maafkan awak dan saya terima awak 



Sahabat sejati nilainya tiada bandingan . meskipun berbalut kekotoran gemerlap sinarnya terserlah jua . Dia menjunjung erti kejujuran sama bergembira di waktu senang , membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan

-ABDUL WAIZ BIN JUMAT-


writer :
Nurul Sahida