midnight

assalamualaikum . dan selamat malam guys


'Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.'

bismillahirrahmanirrahim . dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani .. ayat aku kat atas tu macam ustazah tak , actualy aku tengah sedih sekarang ,:'( . aku tak tahu apa masalah aku .mungkin disebabkan aku menanggung bayak masalah dan persoalan dalam minda aku ni .. mana nak jaga hati seorang kawan baik . mana nak jaga hati kawan yg tinggal sebumbung selama empat tahun , mana nak jaga hati orang tersayang . dan mana nak jaga hati orang yang kita cintai .
hidup tak selalunya indah , tetapi hidup itu tetap hidup dalam kenangan

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat." kalau kita ikhlas siapa yang tahu ? betul tak ? bila kita ikhlas ada je yang mempermainkan keikhlasan kita . dalam persahabatan aku tak pernah bohong . kepada kawan aku . 'thanks being mu best friends' .. i love youu >.< .
sebenarnya . post aku kali ni nak membabitkan perasaan yang tak terluah , typing sambil menitis air mata lepas tu main lap lap pc . siapa tak best ? lagi pulak bukak sampai 3 tab (facebook/twitter/blogger) . gelojoh tak gelojoh kan aku --.. dapat pulak fone yang touch touch ni . mesej beribu masuk non stop . calling menyambung .setiap masa ..masyaallah ..siapalah hambamu yang selalu mengganggu aku ini ya allah ..korang pernah alami keadaan ni ? .. ____'' okey stopping mencarut .. 
ya allah sesungguhnya aku insan yang lemah tabahkanlah jiwa aku ini yaa allah untuk menjadi seorang insan yang solehah disisimu , amin ya rabbal alamin ~~

''Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

nak sieda cerita (jemput masuk , mari baca semua) , sieda mesti cerita semalam sieda post dekat facebook . hari ni blogger pulak , cerita yang sama orang pon sama T_T .. kawan sieda : kami sekolah di tempat yang sama . menikmati pembelajaran yang sama . dan berkongsi kasih sayang sebagai seorang kawan yang sama . sieda satu sekolah dengan dia sejak form 1 .  cerita punya lawak , sieda tak kenal dia lagi . masuk form two baru mula rapat :') . akhirtahun (midnight) ingat lagi masa tu rumah sida black-out .. dia text , mintak kaple .. sieda tak terima lagi sebab masa tu sieda sudah pon kaple . perasaan mula menyesal . ingat form three dia dah tak kacau , tapi lain , dia makin mengusik dan mengusik sieda . sieda suka dia , sieda layan dia , dan sieda sayang dia . tapi sieda tak pernah mengaku . sieda cuma cerita ni dekat beberapa je kawan sieda dekat asrama . akhir tahun form3 sieda dapat tau dia kaple . mase tu ada jamuan dekat sekolah , sieda terus lari balik asrama , pergi bilik study menangis , meraung , sampai budak dekat dorm atas turun tengok kenapa dengan sieda  . oh mase tu alangkah sedihnya hati tak boleh terima hakikat .padahal sieda tengah kaple ? kenapa perasaan tu muncul ?? kenapa ?? finally sieda sedikit demi sedikit terpaksa menerima keadaan . and nowadays (form4) dia jarang kacau sieda , dalam kelas sieda sentiasa jeling dia . sieda tak tahu kenapa . tapi sejak sejak ni dia mula rapat balik dengan sieda , //// apa semua ni ?? kau dah ada gurl kau . tolonglah setia , jangan kacau aku /// . sieda sempat ambil gamba dengan dia . banyak , tapi semua 'all been delated' .. sieda tak nak simpan , sebab dia bukan milik sieda . tapi dia cuma kawan lelaki sieda yang paling sieda suka , dia pandai ambil hati sieda , pandai pujuk sieda bila sieda sedih dalam kelas , suka temankan sieda sampai membuatkan sieda rasa alam 'dating' -.- . tapi tak ponn >.< . semua clasmate sida sejak dari form3 cakap , sieda kenapa kau tak kaple je dengan dia , korang sweet sangat . macam couple je . 
*Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya

waiz text sieda -.-. ..pelik kan ?? siapa waiz ? dia ex sieda yang paling sieda kecewa dan paling sieda stalker lepas clash . . sebab sepanjang sieda kaple sieda yang mintak clash ,tapi dia lain , dia yang mintak clash kat sieda , siapa tak sedih weyyy ! aku tengah study atas katil terus campak buku , sambil tendang katil , sedih la katakan , kecewa kemain masa tu . tapi sekarang dah tak , kami kosong ~~  kosong .. cuti ni tiba tiba dia text .. dan kami text (blalalalala..................) tadi dia tanya .. 
waiz : sieda tak text _______________'budak atas' .. 
sieda : siapa ??? o.o''
waiz : ala dia kan suka sieda .. :')
sieda : apa waiz merepek ni . kite orang kawan. dia dah ada gurl kan . eh ?/ mana waiz tau dia suka sieda ?
waiz : dia cerita ...... waiz kan ex sieda . dia cakap dia nak usya sieda tapi gurl dia 'potong line'  #ehhh ??
sieda : lagi lagi dia cakap apa ?? 
waiz : tu jeh ..
sieda : okeyy :3
eh apa ni . waiz suka ungkit cerita lama .enough !! tapi aku happy waiz sempoi , dia suka share masalah , aku open , niat aku cuma nak mengurangkan masalah dia je tak lebih , btw thanks waiz .. sebanrnya waiz baik cuma dia ni pelik sikit suka buat apa yang dia nak sampai tak kisah tentang perasaan orang .. aku dah terkena ,kalian ?? (hati-hati) 


''Jangan biarkan masa berterusan membazir dengan kesedihan''


alhamdulillah sekarang sieda dah ada life yang baru . sieda cuba lupakan soal kaple. niat hati nak focus SPM tahun depan . tapi itu hanya niat hati , tapi apakan daya perasaan itu datang dengan sendiri tanpa dipaksa . baru kenal , dalam sebulan lebih . tapi dia dah berjaya tawan hati sieda ? siapakah ? entahla susah nak ditafsirkan . sejujurnya sieda tak sebagus dia . i hve my own life . so please remind that . sieda tak suka lelaki curang ? siapa nak lelaki curang / however dia curang atau tak / setia atau tak / sayang atau tak / ikhlas atau tak/ dekat sieda , hanya diri sendiri yang tahu . sieda tunggu dia sampai kini (sejujurnya) . sieda sabar je apa yang dia buat dekat sana . sieda nak marah tapi tak sampai hati , jyeahh ! itu kelemahan aku . tak sanggup menyakiti hati orang lain walaupon hati aku sendiri yang sakit :D .. contohnya waiz ah .. dia oke je .. aku oke je , tapi hakikatnya , mak kau !!! ? budak aspuri n orang sepatutnya je tau . sieda diam tak bermaksud sieda suka . aku tak tau lah kau faham atau tak dekat aku . tapi aku cuba untuk memahami kau .nak tau tak , aku banyak kali sakit hati dengan kau , okey tapi aku pendam , sebab aku tau kau boleh gembirakan aku satu hari nanti . insyaalah -.- aku ? dia ? setakat ini ? no relay / no fake relay / no real relay .. dia ?? entahlah aku tak menjamin apa apa , tengok cara macam ada , tapi entah . rasa diri dibuai kebohongan pun ada . 
#kalau kita tidak menyayangi seseorang jangan lah mendekatinya dan memberi harapan kepadanya 



aku percaya esok sudah tidak boleh mengubah apa apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa apa yang akan terjadi pada hari esok.. 


dimple here ,
sieda





Daisypath Anniversary tickers